sila klik

mulakan dengan

Jumaat, 17 Disember 2010

Senarai Pemain TRW 2011

Teka-teki senarai pemain yang akan menggalas tugas skuad Kelantan 2011 sudah terjawab.

Tiada nama besar yang akan mewakili Kelantan kecuali beberapa pemain tonggak musim lepas dengan tambahan lapan pemain yang baru ditandatangani.

Cuma berlaku sedikit kejutan disaat akhir setelah KAFA selaku badan induk yang bertanggungjawab mentadbir sukan bola sepak negeri Kelantan mengumumkan telah berjaya menandatangani anak kepada pemilik kelab Cardiff City, Nicholas Chan.

Senarai penuh pemain telah diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa di Kelantan Trade Centre, petang tadi.

Menurut Presiden KAFA, Sang Kijang dipenuhi dengan bakat muda dan pihak pengurusan akan cuba menggilap mereka agar menjadi pemain terhebat pada masa depan.

KAFA juga dilaporkan akan membangunkan akademi bola sepak terbaik selaras dengan hasrat untuk terus mengetengahkan pemain muda ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, dikhabarkan juga KAFA mendapat peruntukan hampir RM1 Juta dari pemilik kelab Senarai Pemain TRW 2011

Penjaga Gol:

Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Shahrizan Ismail
Judtanna Eh Put

Pertahanan:

S.Subramaniam
Farisham Ismail
Rizal Fahmi Rosid
Daudsu Jamaludin
Zairul Fitree Ishak
Zamri Ramli
Mohamad Abdul Aziz Ismail (Baru)
Wan Rohaimi Wan Ismail (Baru)
Nicholas Chan (Baru)

Tengah:

Mohd Badri Radzi
Shakir Shaari
Khairan Eroza Razali
Wan Zaman Mustapha
Zulyusri Che Harun
S. Chanturu
Solehin Kanasian Abdullah (Baru)
Nurul Azwan Roya (Baru)
Danial Fadly Abdullah (Baru)
Khairan Ezuan Razali (Baru)

Serangan:

Norshahrul Idlan Talaha
Ramzul Zahini Adnan
Nidzad Ayub
Khalid Jamlus (Kontrak Enam Bulan) (Baru)

Pemain Piala Presiden (Latihan dengan skuad Liga Super)

Mohd Aris Zaidi
Mohd Izuan Salahudin
Shafiq Haikal
Faiz Suhaimi
Nik Shahrul Azim

TRANSFER OUT :
1.Syed Adney LOAN to SABAH
2.Hairudin Omar OUT to Negeri Sembilan
3.Akmal Rizal OUT to Perak
4.Indra Putra Mahyudin OUT to T-Team
5.Azizi Mat Rose OUT to T-Team
6.Norfarhan Muhammad OUT to T-Team

Badhri Radhzi (Kapten)

GOMO KELATE GOMO !

Ahad, 12 Disember 2010

Kelantan Juara Piala Emas Raja-Raja


Kelantan JUARA lagi..

Kelantan kini telah pun mengumpul 3 piala bola sepak di bumi Kelantan.Piala pertama yang dimenangi Kelantan apabila muncul Johan pertama Piala Muhibbah Dato'Seri Shahidan Kassim pada bulan April 2010 dan muncul Juara Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Kelantan baru-baru ini.

Kini Kelantan muncul pula sebagai juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70/2010 apabila menewaskan Kedah melalui penentuan penanti 4-3.

Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan 2010

Perlawanan Piala Emas Raja-Raja semalam, berlangsung di stadium Sultan Muhammad ke-IV dihadiri kira-kira 15ribu penyokong berkesudahan tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.

Rosairil

Dalam perlawanan tersebut ,Rosairil yang menyarung jersi nombor 5 di nobatkan ssebagai pemain terbaik dan Skuad Kelantan membawa pulang hadiah RM 30 ribu sebagai JUARA.


"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado"

sumber

Khamis, 2 Disember 2010

Kenapa Tak ?

Kenapa tak rogol saya?
Hilmi Halim

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

link

Selasa, 30 November 2010

Syariat Islam

Kehadiran bayi sebagai penghubung jambatan kasih suami isteri ialah suatu rahmat Allah SWT yang tidak ternilai harganya. Kesempurnaan Islam tergambar dengan jelas dari peringkat awal kelahiran insan. Kegembiraan menimang cahaya mata yang sekian lama ditunggu seharusnya disempurnakan menurut lunas-lunas Islam tentunya.

Memberi khabar gembira dan Tahniah atas Kelahiran Bayi.

Orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut. Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyampakan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

Perkara-perkara Sunat Kelahiran bayi:

Azan dan Iqamat
Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri sesuai dengan hadis nabi bermaksud " Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan. Sungguh sempurna kekuasaan-Nya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikan-Nya"
Rahsia azan dan iqamat:
Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
Satu syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

Ahad, 24 Oktober 2010

Kelantan (1) - Kedah (0)



Alhamdullilah syukur jaringan pemusnah Norshahrul Idlan Talaha berjaya meranapkan segala impian penyokong Kedah dan pengurus pasukan Kedah yang penuh yakin dapat menumbangkan Kelantan. Kejayaan ini telah memadamkan segala sejarah buruk Kelantan di stadium Sultan Muhammad ke 4 setiap kali perlawanan penting dengan Kedah.

Perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan merupakan perlawanan idaman bagi penyokong Kelantan kerana mengganggap perlawanan ini akan dijadikan misi membalas dendam yang terluka pada tahun lalu.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Kelantan ke separuh Akhir

Gol Pertama




Gol Kedua



Gol Ketiga


Sabtu, 7 Ogos 2010

Bulan Syaaban

Pendahuluan





Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).



Fadhilat Syaaban



Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Jumaat, 26 Februari 2010

Balik Awal

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..
Pekerja 1 : A'kum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!
Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak? Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3: A'kum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati..Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat kerja..
Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Tima Acih Boss!!! Heee..hee

Khamis, 18 Februari 2010

SELAMAT DATANG ke XOX-Edymium2u.com

Pengguna Handphone WAJIB baca.!!!! TERMURAH, FREE CALL dan ROYALTY INCOME secara BULANAN!!!Orang guna talipon kita dapat DUIT!!! BERTINDAK SEKARANG!!!

"FAST ACTION FAST RESULT - IT'S NOW OR NEVER"

MACAM MANA PULAK TU!!!! SEMAK SOALAN DAN JAWAPAN BERIKUT:

Pakej kami adalah yang terHEBAT dimana kami menjanjikan KADAR PANGGILAN yang terAMATlah MURAH dan juga akan memberikan ROYALTY/PENDAPATAN setiap kali orang menggunakan talipon ( 2 dalam 1 ). Setakat hari ini tidak ada satupun Syarikat Telekomunikasi yang berbuat demikian. Oleh itu luangkanlah masa anda yang tidak sampaipun 10 minit. Perlu ditekankan kami BUKAN AGEN PREPAID tetapi adalah NETWORK/LINE PROVIDER ( 010 ) - Sekiranya anda merasa was-was akan program ini, silalah menghubungi kami di email jutabiz871@yahoo.com atau tal/sms 010 - 312 3098 @ 019 - 3414947. Bagi yang berada di Lembah Klang, bolehlah datang ke pejabat kami @ temui kami terus. Group kami sentiasa bersedia untuk membantu anda!! - JANGAN BAZIRKAN PELUANG YANG ADA DI DEPAN KITA!!!! )

S: Adakah anda guna Handphone?
J: Mestilah guna, zaman sekarang kalau tak guna mesti ada yang tak kena tuuu!

S: Anda guna Prepaid/Postpaid?
J: Postpaid tak boleh guna!! Nama dah "Blacklist" - Kita samalah bang!!!???.

S: Berapa banyak anda guna sebulan?
J: Adalah dalam RM 100 sebulan.

S: Berapa caj panggilan dan SMS yang dikenakan?
J: Entah tak pernah ambil tahupun....habis kredit, beli lagi...

S: Tahukah anda bila TopUp RM 5 rate dia lebih mahal dari TopUp RM 50?
J: Iya ke? Tak pernahpun diberitahu!!!!!!

S: Ada tak Syarikat Telco yang bagi duit balik pada anda?
J: Mana ada, kalau adapun dalam bentuk rebet, itupun ciputt sangat......

Kalau anda memberi jawapan seperti di atas, anda adalah prospek kami dan bakal menjadi rakan kami untuk menjana pendapatan bersama.

ADA LAGI SOALAN Nih!!

S1: Mahukah anda membuat panggilan TERMURAH?? Serendah 8 sen/30 saat dan 15sen/60 saat?.
Ada betul ke ni? Iyalah bang! Kita boleh buktikan!!!DEMO! DEMO!

Fikirlah sendiri bang, kalau guna provider X abang cakap 10 minit, caj dia dah RM 3.50 tapi kalau guna XOX cakap 10 minit BARU RM 1.50!! Dah jimat RM 2.00 tu bang!

S2: Mahukah anda menggunakan talipon secara PERCUMA setiap bulan?
Ha! setiap bulan? Biar betul!!!Macam mana tu???

S3: Mahukah anda meraih Pendapatan/ROYALTY seumur hidup anda sambil menonton ASTRO, baca akhbar, tidor – ada duit mengalir masuk ke akaun anda?

Kalau jawapan anda NAK, anda bakal bebas dari masalah kewangan.

( Jangan teragak-agak untuk MENDAFTAR PERCUMA, dulu kat sini ). Selepas mendaftar dah boleh promote Website atas nama/ID sendiri kepada saudara/rakan2.

Sila lihat perbandingan caj di bawah dan anda buat keputusan nak guna yang mana satu! Guna XOX-Edymium baru berbaloi dan boleh jana pendapatan lagi!!!!!

Sanggupkah anda selamanya guna talipon pada rate YANG MAHAL??? padahal ada pilihan yang YANG MURAH!!! tanpa ada kesan pada kualiti perkhidmatan!!!

Tepuk Dada Tanya Hati Kita!!!!


BAGAIMANA HENDAK BERMULA???

Hanya RM 150.00 ???#$&*!???

Ini harga Promosi – Harga akan dinaikkan ke RM 188.80 mulai 1 March 2010.
Apa yang anda dapat???

A. Starter Package

1) Starter Pack Dymium XOX bernilai RM 88.80
( 3G Sim Card dan Kredit Panggilan RM 85.00 )

2) Gelang Magnetik E-Dymium bernilai RM 275.00

3) FREE 150 X SMS setiap bulan ( 1,800 SMS setahun ) ke CELCOM dan XOX - 010, 013 & 019

Ingat!!! Harga akan dinaikkan ke RM 188.80.

B. Satu ( 1 ) Akaun Perniagaan dalam Dymium XOX.( Kami BUKAN AGEN PREPAID tetapi NETWORK PROVIDER - Line 010 ).

SILA LAYARI www.bit.ly/JUTABIZ

Rabu, 3 Februari 2010

Keputusan Piala FA 2010

Sabah 0 - Kedah 2

ATM 3 - Melaka 0

Pahang 1 - Felda United 1

Johor FC 2 - Negeri Sembilan 2

KL PLUS 1 - Harimau Muda 2

USM FC 1 - Terengganu 4

Kuala Lumpur 3 - Johor 1

T-Team 1 - Shahzan Muda 0

Pulau Pinang 2 - Sarawak 1

Perlis 0 - Perak 0

PDRM 5 - Melodi Jaya 1

MP Muar 1 - Pos Malaysia 0

SMD Kepala Batas 0 - PKNS 2

Ahad, 31 Januari 2010

KEPUTUSAN LIGA SUPER (PER -7)

KELANTAN - 3
P.PINANG - 1

KEDAH - 3
T.TEAM - 1

SELANGOR - 1
PERLIS - 1

PAHANG - 2
KL PLUS - 1

JOHOR FC - 3
PERAK - 0

TRENGGANU - 2
K.LUMPUR - 0

TERENGGANU memanfaatkan keciciran mata Selangor untuk merapatkan jurang kepada dua mata dengan pendahulu Liga Super itu selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur walaupun beraksi dengan 10 pemain buat hampir setengah jam terakhir perlawanan, semalam.

Dengan Selangor yang mengungguli tangga teratas liga hanya seri 1-1 dengan Perlis di tempat lawan, Terengganu berterima kasih kepada pakar set-piece, Zairo Anuar Zalani yang melencongkan sepakan percuma di luar kotak penalti seawal minit kedua dan jaringan detik akhir Ashaari Shamsuddin.



Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Selangor terus kekal sebagai teraju dengan Safiq Rahim menjadi penyelamat apabila meledakkan sepakan percuma pada minit ke-37 untuk menyamakan kedudukan selepas tuan rumah di depan menerusi tandukan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-10.

Di Stadium Darulaman, Kedah meneruskan kebangkitannya apabila meraih kemenangan pertama di tempat sendiri dengan kejayaan mudah 3-1 ke atas T-Team.

Dua gol Azlan Ismail pada minit ke-25 dan 58 menyusul selepas Faizal Abu Bakar membuka jaringan pada minit ke-16 menerusi tendangan dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Syamsuri Mustaffa. T-Team meraih gol sagu hati menerusi Haris Safwan Kamal, sembilan minit sebelum tamat.


Di Stadium Sultan Mohd IV, Kelantan meraih tiga mata berharga apabila menang 3-1 ke atas Pulau Pinang.

Pulau Pinang yang berada pada kedudukan kedua tercorot, terlebih dulu mengejutkan tuan rumah apabila V Jaganathan menanduk masuk pada minit ke-13 tetapi Norshahrul Idlan Talaha muncul wira Kelantan apabila meledakkan hatrik pada minit ke-45, 50 dan 88.

Di Stadium Darulmakmur, Pahang meraih kemenangan 2-1 ke atas KL Plus manakala di Stadium Perak, Johor FC mencipta kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah, Perak.

Rabu, 27 Januari 2010

LIGA SUPER 2010 (PERLAWANAN KE-6)

SELANGOR - 6

JOHOR FC - 0


KELANTAN - 0

PERAK - 0


N.SEMBILAN - 2

TRENGGANU - 1


K. LUMPUR - 1
PAHANG - 1

KEDAH - 3
P.PINANG - 0

T.TEAM - 1
PERLIS - 0

Selangor gah bangkit kukuh cengkaman liga

Oleh Amin Ridzuan Ishak, Mohd Amin Jalil, Hamid Salleh dan Azizan Hashim
bhsukan@bharian.com.my


PENYERANG Selangor, Amri Yahyah (kiri) berentap dengan pemain Johor, Mohd Radzi Jasman dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 6-0.

TERENGGANU gagal mengulangi ‘aksi pembunuh gergasi’ apabila tewas 2-1 kepada Negeri Sembilan, manakala Selangor kembali mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu dengan kemenangan 6-0 ke atas Johor pada saingan Liga Super, malam tadi.

Skuad kendalian Nor Irfan Bakti yang berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi membuka jaringan menerusi Joseph Kalang Tie seawal minit kesembilan tetapi disamakan Idris Karim minit ke-72. Gol kemenangan muncul selepas Joseph tertanduk masuk bola ke gawang sendiri minit ke-89.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan Selangor bangkit daripada aib di Terengganu dengan mencatat kemenangan 6-0 ketika melayan kunjungan Johor yang baru mengutip satu mata dari lima perlawanan musim ini.



Tidak seperti perlawanan Sabtu lalu, skuad kendalian K Devan kali ini mudah menyempurnakan gol melalui Amirulhadi Anuar (m-5, 54), Safee Sali (m-31, 43), Razman Roslan (m-52) dan Safiq Rahim (m-88). Selangor kini selesa di takhta liga dengan 15 mata, tiga melebihi Terengganu.

Di Stadium Cheras, Kuala Lumpur terikat 1-1 bertemu Pahang dengan pasukan pelawat terlebih dulu membuka jaringan menerusi Azamuddin Akil (m-9). Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi gol Badrolhisham Azmi minit ke-85.

Di Stadium Perak, Kelantan gagal meneruskan rentak kemenangan apabila seri tanpa jaringan bertemu Perak.


Di Stadium Batu Kawan, Kedah menewaskan Pulau Pinang 3-0 hasil jaringan Mohd Azmi Muslim (m-56), Azlan Ismail (m-71) dan Saramsak Kram (m-85).

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team menewaskan Perlis 1-0 hasil jaringan Haris Safwan.

Ahad, 24 Januari 2010

Keputusan Liga SuPer

Kelantan 4
Johor FC 1

Trengganu 4
Selangor 0

KL Plus 0
KL 0

Perlis 2
P.Pinang 0

Kedah 1
Perak 1

TERENGGANU menjadi pasukan pertama memusnahkan rekod cemerlang Selangor dalam saingan Liga Super musim ini.

Ia berlaku di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam yang menyaksikan pasukan yang mendapat jolokan Gergasi Pantai Timur itu membenam Selangor 4-0.

Pada perlawanan tersebut, Terengganu tidak menunggu lama apabila penyerang Abdul Manaf Mamat membuka tirai jaringan seawal minit kesepuluh.

Selangor yang dilihat terdesak mencari gol penyamaan terpaksa akur apabila Terengganu dihadiahkan sepakan penalti dan Ashari Shamsudin mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk selesa mendahului 2-0 pada minit ke-33.

Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik babak kedua bersambung, Selangor dilihat melancarkan serangan bertali arus ke kubu Terengganu untuk mencari gol pertama mereka.

Namun, kelalaian tonggak pertahanan Selangor telah memberi peluang kepada pemain Terengganu, Joseph Kalang Tee menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke-75 sebelum Ashari sekali lagi menyumpurnakan sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-92 bagi melengkapkan malam gemilang Terengganu dengan kemenangan 4-0.

Kelantan Lega

Kelantan yang tewas dengan Kedah pada perlawanan lepas menarik nafas lega apabila semalam telah mengalahkan Pasukan Johor FC 4 - 1. Gol-gol dijaring oleh Shahrul Idlan Talaha, Azizi, Indra dan Farhan.

Rabu, 20 Januari 2010

IBLIS DAN AHLI NERAKA

DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”

Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis.
Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”

Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.”

Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?”

Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.

Malaikat Zabaniah berkata: “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan, kamu kekal di dalam buat selama-lamanya.”

Janganlah kita menjadi orang yang bodoh apabila kita tahu bahawa Iblis itu hanya menipu kita, Iblis itu adalah musuh ketat kita. Oleh itu janganlah sekali-kali kita ikut menjadi ahli keluarganya, selagi kita bernafas cepatlah kita kembali ke pangkal jalan kalau nafas sudah berhenti maka segala-galanya tidak berguna lagi.

Mereka yang takut kepada Allah SWT adalah orang yang akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, oleh itu sembahlah hanya kepada Allah. Orang yang takut kepada Allah SWT adalah mereka ini disebut orang yang amanah, orang yang bersopan santun, orang yang menganggap semua orang Islam itu sebagai saudaranya.

Mereka yang mencabar kekuasaan Allah SWT dengan berketuakan Iblis dan Syaitan adalah mereka ini dikenali sebagai kaki bohong, kaki pencuri, kaki judi, kaki arak, kaki dadah dan sebagainya. bagi mereka ini setiap yang sama dengan mereka adalah ahli atau kakitangan Iblis. Kerja mereka adalah menjatuhkan maruah mereka sendiri dan menghancurkan Islam.

Ahad, 17 Januari 2010

KEPUTUSAN LIGA SUPER MALAYSIA

KUALA LUMPUR ( 0 )
NEGERI SEMBILAN (0)

KL PLUS ( 0 )
SELANGOR (1)

PAHANG (2 )
T-TEAM (1)

TERENGGANU ( 4)
PULAU PINANG ( 0)

JOHOR ( 0 )
PERAK ( 2 )

PERLIS (0)
KELANTAN (0)

KEDAH ( 0 )
JOHOR FC ( 1 )

info