sila klik

mulakan dengan

Isnin, 27 April 2009

Kelantan Tewas tapi Puas Hati


Suasana sebelum perlawanan.

Bendera Kelantan

Bergambar dekat bendera

Suhaimi koya smart.

Kelantan telah tewas kepada Selangor melalui sepakan penalti setelah seri 1-1 sehingga ke masa tambahan. Kehadiran penyokong yang memberi semangat begitu mengegumkan kedua-dua belah pasukan. Dianggarkan kehadiran melebihi 90,000 orang. Kita berpuas hati dengan pasukan Kelantan yang menunjukkan permainan yang menarik walaupun tewas. Bertemu dengan selangor memang sukar memandangkan pasukan Selangor adalah pasukan yang hebat di Malaysia berbanding dengan Kelantan yang hanya beraksi di Liga Perdana pada Musim lalu. Kelantan dapat mengikat pasukan Selangor hingga ke masa tambahan walaupun berhadapan dengan gergasi Bola sepak Malaysia.

Kelab Penyokong Kemubu ke Bukit Jalil


Kelab penyokong Kemubu memberi sokongan kepada Pasukan Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA 2009 antara Kelantan dan Selangor. Kelihatan Harith Derahman sebagai ketua rombongan sedang menelefon ahli-ahli yang lain.

Kelihatan tiga jejaka handsomesedang koya smart.

Fadli jejaka perasan.

Selasa, 21 April 2009

Ahad, 19 April 2009

Piala FA

N. Sembilan tewas 1 - 2 (agregat 2 - 2)


PEMAIN pertahanan kelantan, Mohd. Farisham ismail (kanan) mengeluarkan bola dari kawasan bahaya walaupun diancam pemain negeri Sembilan, Mohd. Zaquan Adha Razak pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi. Kelantan menang 2-1.


SEREMBAN - Skuad Wira Merah, Kelantan membuktikan mereka pejuang hebat apabila bangkit menewaskan Negeri Sembilan (NS) 2-1 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, semalam.

Walaupun kedua-dua pasukan terikat 2-2 dari segi agregat selepas NS menang 1-0 di Kota Bharu sebelum ini, namun Kelantan layak ke perlawanan akhir bertemu Selangor hasil kelebihan gol di tempat lawan.

Gol Kelantan dijaringkan Mohamad Norfarhan dan Indra Putra Mahyuddin sekali gus mengecewakan Wan Jamak Wan Hassan dan penyokong tuan rumah seramai lebih 20,000 orang yang sebelum itu begitu ceria dengan gol pendahuluan Mohd Asyraf Al-Japri.

Aksi babak pertama lagi jelas menyaksikan NS cukup agresif menguasai permainan dan hanya memerlukan masa lima minit sahaja untuk berada di depan.

Berpunca gerakan cantik diilhamkan Mohd. Zaquan Adha Razak membolehkan bintang muda, Mohd. Asyraf bertindak solo untuk gol pembukaan.

Ketika keadaan Kelantan masih kucar kacir, tuan rumah sekali lagi memperoleh peluang terbuka minit ke-14 juga menerusi Zaquan, namun sepakannya ke dakapan penjaga gol pelawat, Mohd. Shahrizan Ismail.

Kelantan yang tertekan cuba bangkit menggempur kubu NS dan mereka berjaya menjaringkan gol menerusi Khalid Jamlus pada minit ke-42 tetapi kemudiannya dibatalkan kerana ofsaid.

Keputusan pengadil itu terus sahaja membangkitkan kemarahan penyokong Kelantan yang mula melemparkan mercun ke arah Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Waktu rehat meredakan kembali keadaan dan ini diambil kesempatan oleh Kelantan pada babak kedua untuk bangkit dengan dua gol.

Bermula dengan gol penyamaan Mohamad Nor Farhan pada minit ke-48, Kelantan tidak perlu menunggu lama untuk mendahului hasil tandukan cantik Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-52.

Sabtu, 18 April 2009

Piala FA

Sebentar tadi Kelantan telah mengalah negeri sembilan 2-1.. Kelantan masuk ke final Piala FA

Sekitar Perkahwinan Muzaffar dan Zurita

Pada 20hb Mac 2009


Khamis, 16 April 2009

Proton Exora Dilancarkan




SELESA... Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika melancarkan Proton Exora iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Malaysia yang pertama.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) Berhad tidak mampu untuk berada dalam zon selesa bagi memastikan kelangsungannya di dalam pasaran automotif abad ke-21 ini.

"Dalam keadaan kemelut ekonomi global mutakhir ini, kita sedang menyaksikan bagaimana nama-nama besar industri automotif dunia sedang bertarung menghadapi kemelut demi untuk kelangsungan organisasi mereka, Proton perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku," kata Najib ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Proton Exora di sini malam ini.

Beliau berkata Proton perlu tingkatkan inisiatif dan usaha secara proaktif dalam meningkatkan daya saing dan produktivitinya.

Proton juga perlu mempunyai imej pengeluar produk yang memenuhi selera pengguna dari segi reka bentuk, kualiti dan harga yang berpatutan, kata beliau.

"Sebagai pengeluar kereta nasional, Proton tidak terlepas dari keperluan untuk menjadi sebuah syarikat yang lebih kompetitif bagi menentukan survivalnya di dalam pasaran automotif abad ke21," kata Najib.

"Di dalam era globalisasi yang mencabar lebih-lebih lagi ketika kita sedang menghadapi krisis kewangan dan ekonomi global yang terburuk semenjak "the great depression" kita mesti mencari penyelesaian yang lebih kreatif dan inovatif kepada masalah yang dihadapi," tambahnya.

"Kita harus berani untuk keluar dari kotak pemikiran konvensional," kata Perdana Menteri lagi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed serta timbalannya Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Penasihat Proton Holdings, Tun Mahathir Mohamad, Pengerusi Proton Holdings, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

"Bagi menangani sebarang krisis, kita tidak sekali-kali mampu untuk bersifat dogmatik dan menolak secara awal sebarang opsyen, semua opsyen mesti dipertimbangkan demi kepentingan negara," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Untuk itu, kata beliau, Proton mesti melihat dengan lebih serius kepada keperluan mengadakan pakatan strategik untuk mengeluarkan produk yang lebih efisyen dalam bahan api dan yang memanfaatkan teknologi yang mesra alam.

"Dalam pasaran tempatan dan eksport yang tegar persaingan, kita mesti sentiasa mendahului pesaing-pesaing untuk berjaya. Begitu juga pesaing-pesaing kita akan juga terus berusaha mencabar kedudukan kita. Tidak ada konsep "free ride" atau "free lunch" di dalam dunia ini."

"Kita harus ingat dan insaf bahawa tidak ada pesaing yang akan memperlahankan tempo kemajuannya semata-mata untuk membantu atau menanti kita mengurangkan jurang persaingan yang wujud."

Mengulas tentang Exora, Najib berharap model itu akan mampu memenuhi permintaan pengguna Malaysia yang semakin prihatin terhadap keperluan keselesaan dan juga keselamatan keluarga di jalan raya.

Exora adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Malaysia yang pertama.

Menurutnya, semenjak mula dibuka untuk tempahan pada 21 Februari lalu, Exora sudah pun menerima lebih 2,000 tempahan.

"Kita berbangga kerana di dalam proses pengeluaran Exora dari proses penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk, ujian dan homologasi sehinggalah ke proses produksi melibatkan anak tempatan. Ini adalah satu bukti kemampuan modal insan negara," katanya.

Najib berkata Exora hanya mengambil masa 18 bulan untuk dibangunkan daripada peringkat akhir reka bentuk sehingga ke permulaan produksi.

Antara lain, Najib turut mengumumkan harga bagi MPV itu iaitu RM75,998 bagi Exora Hi-Line 1.6 Automatic, Metallic dan RM69,998 bagi Exora M-Line 1.6 Automatic, Metallic.

Ditubuhkan pada tahun 1983, Proton kini bukan lagi setakat peserta domestik tetapi juga telah mengorak langkah untuk muncul sebagai peserta global dengan menembusi pasaran automotif dunia yang kompetitif seperti United Kingdom, Australia, negara-negara Asia, Timur Tengah dan Afrika Utara. BERNAMA

Proton Exora


Proton Exora

Harga Yang di tawarkan:

Proton Exora 1.6L A/T M-Line Metallic - RM69,998.00
Proton Exora 1.6L A/T M-Line Solid - RM69,548.00
Proton Exora 1.6L A/T H-Line Metallic - RM75,998.00
Proton Exora 1.6L A/T H-Line Solid - RM75,548.00

Rabu, 15 April 2009

Gambaran siksaan

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Samurah bin Jundub :

"Pada suatu hari Rasulullah SAW sesudah solat mengadapkan muka beliau kepada kami dan berkata : "Siapa di antara kamu yang bermimpi malam tadi ?" Orang yang bermimpi menerangkan mimpinya. Mendengar itu, Rasulullah SAW bersabda :"Masha Allah !" Di hari yang lain, tiada siapapun yang bermimpi. Rasulullah SAW berkata kepada kami, kebetulan saya bermimpi malam tadi. "Saya melihat dua orang lelaki datang kepadaku, kedua orang itu memegang kedua tanganku, membawa aku keluar ke bumi suci. Tiba-tiba saya melihat seorang lelaki duduk sementara seorang lagi berdiri. Dia memegang alat yang dibuat dari besi dan mecocokkanya ke mulut hingga ke kerongkong kemudian dicabut kembali dan diulangi semula. Begitulah yang dikerjakan oleh keduanya silih berganti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan."Sambil berjalan, tiba-tiba saya melihat seorang lelaki sedang berbaring terlentang dan seorang lagi lelaki berdiri di sampingnya memegang batu sebesar penumbuk. Lalu dihempapkannya batu itu ke kepala pemuda berbaring tadi sehingga berkecai kepalanya. Setelah itu digulingkannya batu itu lalu diambil oleh pemuda yang dihempap batu tadi dan kepalanya normal semula. Kemudian diserahkan kebali batu itu kepada lelaki tadi dan dia menghempap semula kepala lelaki terlantang tadi dengan tidak berhenti-henti". Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan."Tiba-tiba kami sampai ke sebuah jurang seperti tungku yang sempit di bahagian atasnya, tengahnya luas dengan nyalaan api dengan 2 orang yang telanjang dibakar api, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya hampir tercampak keluar akibat dari gelojakan api tersebut, tiba-tiba api terpadam dan kedua-dua terjatuh ke dasar jurang tersebut. Kemudian api dinyalakan semula dan hal ini terus berlaku berulang-ulangkali." Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan."Kemudian kami sampai ke sebuah sungai darah. Terdapat 2 lelaki di dalam sungai tersebut di mana lelaki yang pertama memegang seketul batu berada di tengah-tengah sungai. Sementara lelaki yang kedua mengadap lelaki yang pertama, dia mahu keluar dari sungai itu. Namun setiap kali dia cuba keluar dia dilempar dengan batu oleh lelaki yang pertama tadi dan terjatuh semula ke dalam sungai. Keadaan ini terjadi berulang-ulang kali." Lalu aku bertanya : "Siapakah mereka ini". Kedua orang (malaikat) yang membawaku tidak menjawab, malah menyuruhku terus berjalan."Tiba-tiba saya sampai di taman yang hijau dan terdapat sebatang pohon yang besar. Di bawah pohon itu terdapat seorang lelaki tua yang sedang menyalakan api bersama-sama dengan beberapa orang anak. Kedua-dua malaikat yang membawaku, lalu membawaku naik ke atas pohon itu. Kemudian keduanya membawaku memasuki gedung yang amat indah yang belum pernah aku lihat. Di dalamnya ada golongan tua dan ada yang masih muda." Aku dibawa naik lagi. Tiba-tiba aku memasuki gedung yang lebih indah lagi. Ketika itu aku bertanya kepada kedua lelaki yang membawa aku: "Kamu telah membawa aku jauh mengembara pada malam ini, terangkan kepadaku apa yang telah aku lihat" Keduanya menjawab : "Orang yang engkau lihat memasukkan alat besi sampai ke kerongkongnya adalah pembohong yang sedang berbohong. Ia disiksa begitu hingga hari qiamat." "Orang yang dipecahkan kepalanya dengan batu adalah orang yang pandai membaca al-Quran, tetapi dia tidur dengan al-Quran di malam hari (tidak membacanya) dan tidak mengamalkannya di siang hari. Begitulah siksaannya hingga hari qiamat". Orang yang engkau lihat di dalam jurang adalah penzina dan di dalam sungai adalah pemakan riba. Orang tua yang berada di bawah pohon adalah Nabi Ibrahim sedangkan anak-anak yang berada di sisinya adalah anak-anak manusia. Yang menyalakan api adalah Malik, penjaga Neraka. Gedung indah yang pertama ialah untuk semua orang-orang beriman sementara gedung yang lebih indah adalah untuk para syuhada'. Saya adalah Jibril dan ini Mikail." Kemudian mereka menyuruh aku mengangkat kepala lalu aku melihat mahligai seperti awan tingginya. Kedua maliakat itu berkata : "Itulah tempat bagimu" Lalu aku berkata : "Biarkan aku memasukui mahligaiku" Jawab mereka : "Umurmu masih ada, sesudah engkau wafat, barulah engkau dibenarakan masuk"

Berikut adalah gambaran siksaan dan pembalasan yang diperlihatkan kepada Rasulullah SAW semasa peristiwa Isra' dan Mikraj.Peristiwa Isra'

1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah
2. mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah
3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.
4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.
5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.
6. Ssekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.
7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.
8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.
9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.
10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut.

Gambaran orang yang suka bercakap besar. Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Khamis, 9 April 2009

Kabinet Baru 2009

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:
Datuk M.Saravanan - Bernama

Join sekarang


dermawan2u

Selasa, 7 April 2009

Keputusan p.raya bkt gntg dan bkt selambau

MAKLUMAT RASMI: PAS TEWASKAN UMNO DIBUKIT GANTANG

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.

Di DUN Bukit selambau, calon PKR, S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi. Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN, Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

Ahad, 5 April 2009

siti jumpa tok guru

info