sila klik

mulakan dengan

Ahad, 31 Mei 2009

Tahniah Suhaimi dan Azira

Menjamu selera di rumah pengantin perempuan
Azira menyambut suhaimi
Senyum gembira bergelar suami dan isteri
Pak Ju dengan penuh semangat memegang payung
Nasrun dengan bangga memegang bunga telur..maklumla minggu depan dia pulak nak kawin

Home Stay Rombongan Pengantin Lelaki

Kelihatan Pak Jat, Suhaimi, Ayah LAn dan Ayah Shim bergambar kenangan di depan rumah sewa rombongan pengantin dari kelantan
Ayah su dan Abg mie sedang berehat di ruang tamu home stay kat Kulim
Menghantar mesej kepada pengantin perempuan
Ayah Lan kita sedang bersiap sedia ke rumah pengantin perempuan
Tempat penginapan rombongan pengantin lelaki dari kelantan selama satu malam 29 mei - 30 mei 2009

Tahniah Wawa

Along sedang mengambil beg dan meminta nasi dari wawa untuk alas perut
Abang Mie sedang mengheret beg wawa dan pengawal keselamatan menunjukkan arah
Kelihatan Seorang AJK Penginapan menunjukkan arah bilik yang akan didiami oleh wawa
Tahniah Wawa kerana dapat melanjutkan pelajaran ke USIM Nilai. Kelihatan Ibu dan Ayahnya memberi sesuatu untuk bekalan sepanjang pengajian. Tahniah!!!!!

Sabtu, 16 Mei 2009

Tahniah Bu dan Isteri


Tanggal 15 mei 2009.. Lahirlah seorang putera yang belum bernama lagi, menjadikan pak bu bergelar seorang ayah dan isterinya bergelar ibu. Warga kemubu mengucapkan tahniah kepada pak bu sekeluarga semoga cahaya mata sihat walafiat. Maka bertambahlah bilangan cucu UmmiTok menjadikan keseluruhannya 8 orang cucu. Blog ini akan beritahu nama anak comel ini selepas ayah dan ibunya berfikir. Dengar khabar anak ini akan dinamakan Mohd Ammar...
Pak BU :
Bersyukur kehadrat ilahi..kerana di beri kesempatan ini untuk saya..sebagai bapa..mengulas sedikit sebanyak..ttg..MY soN!terlebih dahulu..terima kasih kepada abg long,name famous beliau jack carno..suko nyanyi lagu budu.tidak terkata betapa nikmatnya bergelar seorang daDDY.tidak lupa juga ingin berpesan kepada abg pa..(gohek sedak la deh????)hua hua..dan jugo semi(berubat cepat,takut buoh masok pahni)hik hik! dan nasrun..Cat rumoh tok tuo tu jgn hok luar jah..tok tuo ppesan suruh siap hok dale..pah ko dapur nuh.. hehehe

Ahad, 10 Mei 2009

sempena hari ibu

Assalamualaikum wbt,
Kehadapan ibuku yang juga permata hatiku..
ku titipkan bingkisan ini dari kejauhan,
meluahkan bicara yang terpendam yang aku sendiri tak mampu ucapkan.

Pagi itu aku bangun, kulihat ibu masih lagi sedang asyik sujud mengadapNYA, lalu lenaku bertandang kembali, seketika kemudian aku terjaga lagi, ku lihat ibu masih lagi tenang dalam solatmu. Ibuku, kebahagian bukan selalunya menjadi milik kita, tetapi aku lihat ibu terlalu tenang menghadapi ujianNYA.

Ibuku,
Seandainya ku diberi pilihan, longgokan permata disogokkan aku tetap memilih kamu sebagai pilihan utamaku. Kau idolaku ibu, aku melihat kau sentiasa cekal dalam dugaanNYA, aku lihat raut wajahmu sentiasa tenang, tapi aku tahu bicara hatimu, kau terluka ibuku, tapi kau tak mahu tunjukkan kepadaku, kau menangis ibuku, tapi kau menangis dalam jiwamu, dalam hatimu.
Aku hidup hari ini keranamu ibuku, aku tabah hari ini kerana semangatmu sayangku. Pernah dulu ku putus semangat, asaku tenggelam dek kejian mereka, tapi bilaku terkenangkan ibu, semangatku tersambung, aku perlu hidup untuk ibu, aku perlu kuat untuk ibu, terfikir aku seketika,
seandainya tuhan menginginkan aku dahulu,
siapa yang akan menjaga ibu?
Siapa yang akan membela nasibmu kasihku?
Siapa yang akan menyinari hari tuamu ibu?

Ibu,
Dengan kudratmu yang tak seberapa, kau membanting tulang, menyaraku, memerah keringatmu mencari rezeki yang halal disaat seorang lelaki yang sepatutnya kau jadikan dahan tempatmu bergantung menghilangkan diri. Aku melihat ibu begitu bersahaja, mengutip kotak-kotak kosong, tin-tin kosong, bahan buangan orang yang ibu rasa terlalu berharga, Dengan rezeki yang orang pandang kotor itulah ibu mengisi perutku, menghilangkan laparku, meneruskan hayatku. Ibuku terus terang dari hati aku berbicara, aku tak pernah malu punya ibu sepertimu, malah aku bangga ada ibu yang kuat dan tabah. Ibuku, aku menangis melihat deritamu, aku pilu melihat dukamu, tapi aku perlu menjadi kuat didepanmu agar aku mampu menjadi semangatmu. Tidak sekali aku benarkan air mataku ini tumpah dihadapan ibu.

Ibuku,
38 tahun hidupku kini, inginku singkapkan bait-bait perjalananku, menyingkap duka yang lebih banyak hadir dari gembira. Namun aku tak pernah, malah takkan sekali-kali menyalahkan ibu atas apa yang terjadi. Kau wanita yang terlalu mulia untuk dibebankan dengan silap. Aku tahu kau jua tak inginkan benda ini terjadi dalam keluarga kita kan? Aku tahu impianmu sentiasa ingin melihatku bahagia kan? Aku renung matamu, aku lihat sinar harapan yang tak pernah padam terletak disitu. Setiap kali ku berkesempatan pulang, sering kali kucuri waktu untuk menatap wajahmu wanita kesayanganku, aku lihat wajahmu lebih tua dari usia, mungkin beban yang kau tanggung terlalu berat. Ibuku aku ingin menjadi semangatmu, menjadi dahanmu kini, sebab aku rasa aku sudah semakin dewasa untuk bersamamu mengharungi dugaan yang mendatang.

Ibuku,
Aku belum puas merasai kasihmu ibu, aku belum sempat mencurahkan baktiku padamu ibu, Alhamdulillah Dia mendengar doaku ibu, dalam linangan air mata aku memohon berilah ibu peluang merasai bahagia seperti orang lain, dalam sedu sedan aku berdoa jangan ibu tinggalkan aku disaat aku masih belum bersedia.

Ibu,
Setiap helaan nafasku adalah untuk ibu, aku hidup dengan semangatmu yang sentiasa membara itu, aku nak jadi wanita sesolehah ibu, aku ingin contohi ibu, cekal dan tabah, punya impian yang besar tidak sepadan langsung dengan tubuh kecilmu itu. Tahu tak ibu, setiap langkah kakiku, setiap hala tujuku, setiap apa yang aku ingin lakukan, aku sentiasa ingat pesanan ibu, apa yang ibu tegah, takkan sekali-kali aku lakukan, sebab luka ibu, aku yang rasa sakitnya, kecewa ibu adalah hukumanku sepanjang hayat. Aku takkan benarkan air mata ibu tumpah kerana perbuatan ku, tapi kalau air mata ibu tumpah kerana kejayaanku, aku tak pernah menghalang, bahkan aku puas kerana berjaya menitiskan air mata gembiramu.


Ibuku,


"SELAMAT HARI IBU" untuk ibu, wanita yang paling aku sayang dalam hayatku, dan nantikan kepulanganku, tapi ibu maaf ku pohon kerana aku mungkin tak mampu meraikan tepat pada masanya sebab tuntutan tugas mengekang hasratku. Anak2 sayangkan ibu, cintakan ibu dalam setiap helaan nafas ini, dalam setiap atur langkah kaki ini ibu.

Salam sayang dan rindu,
biar jarak masa,
dan tempat memisahkan kita,
tapi ibu sentiasa di hati ini,
selalu dalam jiwaku,
Bersatu dalam semangatku
Dari anak-anak mu...
untuk:Pn Hafizah bt Derahman

emzek

Rabu, 6 Mei 2009

Perbandingan

Assalamualaikuum teman teman, Sila lihat gambar di bawah ini, semoga dapat menyedarkan kita bahwa begitu besar kuasa, keagungan dan kebesaran Allah SWT. Insya Allah dapat memberikan hidayah kepada kita untuk lebih meningkatkan Iman & Takwa kita karena kita semua akan kembali kepadaNya dan mempertanggung jawabkan segala perbuatan kita selama hidup di dunia.

Salam,


[]
Pada waktu benda-benda angkasa ini diperbandingkan


[]
kita menjadi sadar betapa kecilnya bumi dan kita para penghuninya.


[]
Jagad raya yang sangat besar.


[]
Dalam skala ini bumi kita tidak kelihatan lagi


[]
Di sini matahari hanya sebesar debu!


Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa.

Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.

Lalu . . .

siapakah kita ?

apakah tujuan hidup kita ?

Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga ?

Masihkah kita bisa menepuk dada & berkata "inilah aku !"...??



info