sila klik

mulakan dengan

Isnin, 21 November 2011

BAHAYA DIOKSIN


Apakah Dioksin???

Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia 130 kali ganda lebih bertoksik daripada Cyanide dan 900 kali ganda lebih berbahaya berbanding Arsenic. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser). Banyak kajian perubatan membuktikan bahawa kandungan Dioksin pada tahap rendah masih berupaya mencetuskan risiko tinggi kanser payu dara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, keguguran dan pelbagai masalah puan yang lain.

Ape kaitannyer???
Kertas buangan,agen peluntur yang berkarsinogen,agen fluorsen dan sebagainya adalah bahan mentah yang digunakan untuk memproses tuala wanita pakai buang yang terdapat secara meluas di pasaran.


Bagaimana Dioksin Meresap Ke Dalam Rahim???

Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Gas toksid yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan.

Sekiranya tuala wanita tersebut menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksik. Ia akan mengelakkan masalah jangkitan, ruam, gatal atau alahan.

Darah haid akan mengalir keluar daripada uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksik yang dinamakan dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup falopio.

Ahad, 30 Oktober 2011

Adakah anda STRES



Stres adalah perkara yang paling popular setiap hari dan boleh dikatakan setiap waktu juga. Apa yang penting ialah anda perlu mengatasinya dengan berhemah agar stres itu tidak merosakkan diri anda. Semakin tinggi tahap stres anda alami dan jika tidak dikawal segera , semaikin tinggilah juga risiko anda untuk menghadapi penyakit kardiovaskular seprti serangan jantung, kegagalan jantung, angin ahmar atau strok dan tekanan darah tinggi.
Tanda -tanda stres:
Fizikal
-mulut kering
-gementar
-sakit kepala
-cepat letih
-lenguh badan
-sakit perut

Psikologi
-Gelisah
-cepat marah
-lemah semangat
-mudah lupa
-resah
-bosan
rendah diri

Bernafas dengan betul mampu membantu masalah stres.
-Cari kedudukan selesa
-Letakkan kedua belah tangan anda di atas perut dan pejamkan mata
-Tarik nafas melalui hidung dan rasakan abdomen anda bergerak ke atas
-hembus nafas melalui mulut
-Ulangi beberapa kali sehingga berasa relax..
sumber: majalah rapi

Rabu, 17 Ogos 2011

sejarah nuzul al-quran


Bulan Ramadhan bulan penuh berkat dan pengampunan dosa bagi umat manusia yang menunaikan segala kewajipan serta diperlengkapkan pula dengan amalan sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tiada pernah rasa cukup dengan amalan soleh yang telah dilakukan dan tidak pernah senang dengan kesilapan yang dibuat. Sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah dalam mencari kebahagiaan hakiki. Tidak pernah tamak pada dunia tetapi tidak pula lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai bekalan untuk ke akhirat. Setiap pekerjaan dunianya ditunaikan kerana Allah serta ia dilakukan dibawah garisan yang telah ditetapkan oleh Islam.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai golongan yang hanya solat tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan keletihan, golongan yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, golongan yang banyak membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya.

Dalam meneruskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini marilah kita menyoroti suatu peristiwa penting yang telah menjadi pemangkin kepada dakwah Rasulullah s.a.w iaitu Nuzul al-Quran iaitu bermulanya penurunan al-Quran sebagai wahyu kepada kita umat akhir zaman di mana mukjizatnya terus kekal sehingga hari qiamat.Al-Quran merupakan sumber rujukan pertama kepada seluruh umat nabi Muhammad s.a.w dalam menerusi liku-liku kehidupan di dunia fana ini di mana isinya mengandungi pelbagai aspek kehidupan.

KEBANGKITAN SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN

Kehidupan Rasulullah s.a.w dalam masyarakat sekeliling yang dibelenggu kegelapan jahiliyah, penyembahan berhala dan adat-adat yang sesat. Masyarakat arab sudah lama terpisah dengan zaman kenabian menyebabkan mereka terus hanyut dalam gelora lautan kesesatan yang mengganas. Namun begitu keadaan nabi tetap dijaga dan dikawal oleh Allah agar tidak turut sama terheret dengan amalan hidup yang sesat ini. Keadaan yang semakin hari semakin terhimpit dengan tekanan jahiliyah dan kesesatan ini telah menyebabkan nabi mengambil tindakan untuk bermunajat kepada Allah dengan berkhalwat di Gua Hira’. Baginda bersendirian dengan bekalan makanan selama beberapa malam berturut-turut. Pada 17 Ramadhan dalam usia nabi mencapai 40 tahun bersamaan 6 Ogos 610M maka pada saat inilah turunnya wahyu pertama yang juga sebagai pengiktirafan sebagai nabi akhir zaman.Nabi didatangi oleh malaikat Jibril lalu malaikat berkata : “Bacalah”, baginda menjawab : ” Saya tidak tahu baca”.

Maksud kisah yang diberitahu sendiri oleh Rasullah s.a.w ketika turunnya wahyu ini dalam suatu hadis yang mafhumnya :”…. lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak. Kemudian dilepaskannya saya sambil katanya :” Bacalah” lalu saya menjawab :”Saya tidak tahu membaca”. Sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya, kemudian dilepaskan dan katanya lagi :” Bacalah”, saya tetap menjawab :” Saya tidak tahu membaca”. Kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskan lalu membaca ayat 1-5 surah al-’Alaq yang bermaksud:
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah Mencipta. Dia mencipta manuia daripada segumpal darah. bacalah kerana Tuhanmu itu Amat Mulia yang mengajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu.

Keadaan nabi yang ummi atau buta huruf bukanlah menunjukkan kelemahan nabi tetapi sebaliknya untuk menangkis tuduhan liar yang mengatakan bahawa nabi sendiri yang menulis wahyu dengan ilmunya yang ada hasil daripada pengajiannya dengan cendikiawan dan pendeta yahudi atau Kristian.Wahyu yang pertama ini memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang akan menunjukkan secara jelas antara yang benar dan salah. Cara penerimaan wahyu ini menunjukkan bagaimana jalan terbaik dalam menuntut dan menerima ilmu iaitu mesti melalui guru dan juga berhadap serta berjumpa antara murid dan gurunya.

PERANAN SITI KHADIJAH

Setelah melalui peristiwa yang tidak pernah terfikir dan diketahui olehnya memandangkan umat arab telah begitu lama terpisah dengan kenabian maka nabi terus pulang dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Setelah tiba di rumah lalu baginda meminta agar diselimutkannya. Siti Khadijah sebagai seorang isteri yang cinta dan taat kepada suaminya terus menyelimutkan baginda tanpa banyak bertanya. Setelah keadaan nabi tenang barulah disoal mengenai peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan nabi ketakutan.Siti Khadijah sememangnya seorang wanita yang cerdik dan pernah mendengar tentang kenabian, para nabi dan malaikat melalui sepupunya Waraqah bin Naufal yang menganut agama Nasrani. Disamping itu dia juga mengenali nabi sebagai seorang yang baik dan elok akhlaknya serta disayangi oleh orang ramai. Oleh itu dia terlalu yakin bahawa nabi bukan terkena godaan syaitan atau jin sebaliknya merupakan makhluk pilihan Allah. Dengan suara yang lembut dan penuh hikmat lalu dia memberi semangat kepada nabi dengan katanya : “Demi Allah! Dia tidak akan mengecewakanmu, engkau adalah orang yang sentiasa menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang susah, memenuhi keperluan orang lain, melayan tetamu dan menyampaikan amanah kepada yag berhak”.

Kata-kata ini memberi semangat baru kepada nabi di mana kita dapat lihat betapa pentingnya peranan isteri dalam menjayakan dakwah suaminya. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadihah merupakan seorang yang telah menjangkau usia 40 tahun namun keadaannya dengan izin Allah bagaikan anak dara berusia 17 tahun. Usia bukan matlamat perkahwinan ini tetapi sifat keibuan dan kematangan yang ada pada Siti Khadijah merupakan aset penting kepada diri Rasulullah s.a.w. Ketenangan Siti Khadijah dalam menghadapi situasi yang mencemaskan ini banyak membantu nabi s.a.w. untuk mengawal situasi yang dihadapi.

BERTEMU WARAQAH BIN NAUFAL

Siti Khadijah membawa nabi untuk bertemu dengan sepupunya Waraqah bin Naufal bagi mengetahui secara lebih lanjut berkenaan dengan apa yang telah berlaku ke atas nabi itu. Setelah mendengar penjelasan daripada nabi tentang apa yang telah berlaku kepada Waraqah lalu beliau mengatakan : ” Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Sesungguhnya engkau ini adalah nabi untuk umat ini, engkau telah didatangi Namus agung(malaikat Jibril) yang pernah mendatangi Musa dan engkau kelak akan dikatakan berbohong, engkau akan mereka sakiti, akan mereka usir dan mereka perangi”.

Ucapan Waraqah yang mengatakan :” Engkau kelak akan mereka usir” itu sungguh memeranjatkan Rasulullah s.a.w, kerana pada pengetahuan baginda bahawa dirinya mendapat penghargaan di sisi kaum Quraisy sehingga mendapat gelaran ” As-Siddiq” dan “Al-Amin”, lalu kata baginda dengan kehairanan : “Apakah mungkin mereka akan mengusir saya?”.

Waraqah dengan tegas menjawab :” Ya! Semua yang membawa tugas seperti yang engkau bawa ini tetap dimusuhi dan diperangi oleh manusia, andainya aku masih hidup pada waktu itu, akan aku bantu engkau seboleh-bolehnya”. Namun begitu setelah bermulanya dakwah Rasulullah s.a.w, Waraqah terlebih dahulu pergi menemui Allah di alam baqa.

Rujukan

1. Sirah an-Nabawiyah 1,Syeikh Hassan Ali Nadawi al-Husaini,Pustaka Reka,1997

Ahad, 17 April 2011

Kebaikan Berjalan

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut. 1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung. 2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga. 3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi. 4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam. 5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara. 6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis. 7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes. 8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. Sorotnews

Jumaat, 1 April 2011

Berdengkur

Anda tidur berdengkur, baca 10 fakta tentang berdengkur
Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??


1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.

2. Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan.

Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.

Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.

3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. - Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.

4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. - Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.

5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.

6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.

7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut.

Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.

Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.

8. Berdengkur menandakan penyakit. - Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.

Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.

Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. - Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.

10. Merokok menyebabkan berdengkur - Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur.Harianblogger

Rabu, 16 Februari 2011

Kelantan kekal Ulung di Persada Liga

KOTA BHARU – Kelantan terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga apabila membenam cabaran Kuala Lumpur dengan kemenangan 2-0 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Dua gol masing-masing menerusi Muhammad Ramzul Zahini Adenan pada awal dan akhir babak kedua sudah cukup untuk membolehkan skuad kendalian Datuk M Karathu terus mengungguli takhta liga sepanjang minggu ini dengan 10 mata.
Beraksi dihadapan hampir 18,000 penyokong setia, Kelantan yang turut sebagai pasukan pelawat dalam perlawanan malam tadi walaubagaimanapun menghadapi kesukaran untuk menembusi pintu gol Kuala Lumpur sepanjang separuh masa pertama berlangsung.
Gerakan yang serba tidak menjadi disamping kekebalan benteng pertahanan Kuala Lumpur menahan asakan pemain Kelantan membuatkan pemain Kelantan seolah-olah hilang punca untuk mencipta peluang menarik didepan pintu gol Kuala Lumpur.
Seawal minit pertama, Kelantan yang melakukan sepak mula terlebih dahulu menguji pintu gol Kuala Lumpur menerusi percubaan menarik Norshahrul Idlan Talaha hasil hantaran Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi namun rembatannya ditepis keluar Norazlan Razali.
Pada m-9, penyerang Kelantan, Muhammad Ramzul Zahini Adenan mensia-siakan peluang terhidang apabila gagal menyambut bola setelah menerima hantaran lintang Muhd Badhri dari sebelah kanan pintu gol Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur yang mempertaruhkan gandingan penyerang muda, Muhammad Afiq Azmi dan Azwan Abd Malek dibahagian serangan turut mempunyai peluang pada m-15, namun percubaan Muhammad Afiq dipatahkan oleh pemain pertahanan Kelantan, Mohd Farisham Ismail.
Pemain sayap kiri Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya mempunyai peluang terbaik pada m-21 apabila berjaya membawa masuk bola ke dalam kotak penalti tetapi rembatan kencangnya sedikit melepasi palang gol Kuala Lumpur.
Selang enam minit kemudian, Norshahrul Idlan turut mempunyai peluang terbaik apabila menyambut baik hantaran pendek Muhd Badhri dengan mendada bola dan sempat melakukan ‘turning’ sebelum melepaskan sepakan kencang namun diselamatkan sekali lagi Norazlan.
Kuala Lumpur yang melakukan sekali sekala serangan sekali lagi mempunyai peluang pada m-39 untuk memecahkan kebuntuan menerusi percubaan Norismaidham Ismail tetapi ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat.
Tempoh lima minit terakhir separuh masa pertama jelas memihak pasukan Kuala Lumpur menerusi asakan bertali arus pemain mereka memaksa Khairul Fahmi bekerja keras menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi.
Percubaan Fahrul Razi Kamaruddin pada m-40 ditepis keluar Khairul Fahmi manakala rembatan Muhammad Afiq seminit selepas itu juga menyaksikan kewibawaan Khairul Fahmi sekali lagi diuji dengan layangan badannya untuk menepis keluar rembatan tersebut.
Begitu pun, gol yang ditunggu-tunggu oleh pasukan Kelantan akhirnya tiba sebaik sahaja separuh masa kedua disambung. Penyerang, Muhammad Ramzul Zahini mudah menjaringkan gol hasil kesilapan pemain pertahanan Kuala Lumpur, Ahmad Dashila Tajudin yang gagal mengeluarkan bola daripada pintu golnya setelah berlaku salah faham antara dia dengan penjaga Norazlan.
Tempoh 45 minit separuh masa kedua jelas didominasi sepenuhnya pasukan Kelantan apabila deretan peluang demi peluang terhidang namun ketangkasan Norazlan dipintu gol Kuala Lumpur menafikan hajat The Red Warriors untuk mencipta kemenangan besar.
Pada m-54, Norshahrul Idlan sekali lagi kempunan untuk menambahkan koleksi gol untuk Kelantan apabila rembatannya sedikit tersasar disebelah kiri pintu gol Kuala Lumpur. Sementara pada m-57, rembatan Mohd Nurul Azwan pula dihalang pemain pertahanan Kuala Lumpur setelah dia menerima umpanan cantik daripada Mohd Nizab Ayub.
Pada m-64, Kelantan hampir memperolehi gol kedua mereka apabila apabila hantaran lintang Mohd Nurul Azwan disudahi dengan rembatan kencang Muhammad Ramzul Zahini namun terkena tiang gol sebelah kanan biarpun Norazlan sudah pun tertewas.
Seminit selepas itu Muhammad Ramzul sekali lagi kempunan untuk menjaringkan gol apabila tandukannya mudah diselamatkan Norazlan didepan pintu gol Kuala Lumpur. Sementara itu percubaan Mohd Nizab pada m-68 pula jauh melewati pintu gol Kuala Lumpur.
Tidak banyak percubaan merbahaya yang dilakukan oleh Kuala Lumpur dalam perlawanan malam tadi. Biarpun percaturan penolong jurulatihnya, Tan Siew Seng memasukkan Farouk Hashim dan Mohd Badrul Hisham Azmi pada pertengahan babak kedua namun itu tidak banyak membantu jentera serangan mereka.
Satu-satunya peluang terbaik mereka hadir pada m-76 menerusi sepakan percuma Norismaidham Ismail namun terus ke dakapan kemas Khairul Fahmi.
Gol kedua Kelantan hadir pada m-87 perlawanan apabila Norshahrul Idlan yang menerima umpanan silang Mohd Nurul Azwan mudah memperdayakan pemain pertahanan Kuala Lumpur sebelum merembat kencang di dalam kotak penalti menewaskan Norazlan buat kali kedua untuk melengkapkan aksi cemerlang Kelantan kekal tanpa kalah dalam empat perlawanan setakat in.

Perlawanan keempat

Negeri sembilan (0) - Felda United (1)
Kuala Lumpur (0) - Kelantan (2)
Selangor (3) - Trengganu (2)
Sabah (0) - Johor FC (1)
Harimau Muda (1) - Perlis (1)
Kedah (0) - Perak (0)
Pahang (1) - T-Team (0)

Ahad, 13 Februari 2011

Liga Malaysia 2011 (12 feb 2011)

12 feb 2011 (perlawanan ketiga.)

Sabah (1) - Kedah (0)
Selangor (1) - Kuala Lumpur (1)
Kelantan (4) - Johor FC (1)
Harimau M (3) - T-Team (1)
Felda uni (2) - Pahang (1)
Perak (2) - N.Sembilan (0)
Perlis (1) - Trengganu (3)
Keputusan epl dan liga perdana malaysiasila
klik sini

Giliran Kelantan pimpin liga super
Kelantan pimpin LigaKAPTEN Kelantan, Badri Radzi (kiri) melepaskan sepakan ke arah pintu gol Johor FC pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, malam tadi.KELANTAN mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan ketika menewaskan Johor FC 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi.Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian M. Karathu itu merampas status pendahulu daripada Negeri Sembilan yang tumpas 0-2 kepada Perak dalam satu lagi perlawanan di Stadium Ipoh.Begitupun, Kelantan terlebih dahulu dikejutkan Johor FC apabila ketinggalan 0-1 pada minit ke-25 hasil jaringan Mohd. Riduan Ma'on.Tersentak dengan jaringan tersebut, The Red Warriors terus bangkit dan memperoleh gol penyamaan pada minit ke-29 menerusi Nurul Azwan Roya dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.Pada babak kedua, tuan rumah menunjukkan kehebatan sebenar apabila meledak tiga gol lagi menerusi jaringan sendiri pemain Johor FC, Mohd. Riduan Ma'on pada minit ke-50 sebelum penyerang skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha manambah gol ketiga pada minit ke-72 dan Nizad Ayub melengkapkan kemenangan bergaya pada minit ke-77.Kemenangan ini menyaksikan Kelantan terikat tujuh mata dengan Perak, namun mempunyai kelebihan menerusi perbezaan gol.Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah, Pahang tersungkur 1-2 kepada Felda United.Gol Felda United dijaringkan oleh Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti pada minit ke-47 dan sepakan percuma Faderin Kadir (minit ke-59) sementara gol Pahang pula dijaringkan oleh Azamuddin Mohd. Akil pada minit ke-77.Di Stadium Shah Alam, juara bertahan, Selangor terus gagal mencatat kemenangan kedua apabila diikat oleh Kuala Lumpur 1-1.Perlawanan lain semalam menyaksikan Harimau Muda A menewaskan T-Team 3-1 sementara Sabah menewaskan Kedah 1-0.

Isnin, 31 Januari 2011

Liga Malaysia 2011

Keputusan Perlwanan Pertama

Selangor (0) - Kelantan (2)
Terengganu (0) - Sabah (0)
K.Lumpur (1) - Perak (1)
Johor FC (0) - Felda United (0)
Kedah (0) - T-Team (0)
N.Sembilan (1) - Harimau Muda (0)
Pahang (3) - Perlis (1)



1 Pahang 3
2 Kelantan 3
3 K.Lumpur 1
3 Perak 1
6 FELDA Un FC 1
6 Johor FC 1
6 Kedah 1
6 Sabah 1
6 Terengganu 1
6 T-Team 1
12 H. Muda A 0
13 Perlis 0
14 Selangor 0

Ahad, 30 Januari 2011

Tahniah Kelantan

Oleh WAN FAKHRUL BAKARfakhrul@kosmo.com.my

PEMAIN dan pegawai pasukan Kelantan meraikan ke jayaan mereka muncul juara Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi.KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

Sabtu, 1 Januari 2011

JADUAL PIALA FA CUP 2011

1 - Negeri Sembilan vs BYE,
2 - KL Pos Malaysia vs Kuala Lumpur,
3 - Johor MP Muar FC vs Selangor PKNS FC,
4 - Pahang vs Sabah,
5 - PDRM vs Perak,
6 - Melaka vs KL Sime Darby FC
7 - ATM vs Sarawak,
8 - PP USM FC vs Terengganu,
9 - Selangor vs BYE,
10 - Johor Melodi Jaya vs Harimau Muda "B",
11 - PP SDM Kepala Batas vs Harimau Muda "A",
12 - Pulau Pinang vs Johor,
13 - Johor FC vs KL SPA FC,
14 - Terengganu PBDKT T-Team vs Kelantan,
15 - Perlis vs KL Felda United,
16 - Kedah vs BYE.

Pusingan Kedua: 4 Mac 2011 (Jumaat)

17 - Negeri Sembilan vs Pemenang 2 (Pos/KL)
18 - Pemenang 3 (MP Muar/PKNS) vs Pemenang 4 (Pahang/Sabah)
19 - Pemenang 5 (PDRM/Perak) vs Pemenang 6 (Melaka/Sime Darby)
20 - Pemenang 7 (ATM/Sarawak) vs Pemenang 8 (USM/Terengganu)
21 - Selangor vs Pemenang 9 (Johor Melodi Jaya/Harimau Muda B)
22 - Pemenang 11 (SDM Navy/Harimau Muda A) vs Pemenang 12 (Pulau Pinang/Johor)
23 - Pemenang 13 (Johor FC/KL SPA) vs Pemenang 14 (T-Team/Kelantan)
24 - Pemenang 15 (Perlis/Felda United) vs Kedah

Suku Akhir Perlawanan 1:
15 Mac 2011


Suku Akhir Perlawanan 2:
19 Mac 2011

Separuh Akhir Perlawanan 1:
13 Mei 2011


Separuh Akhir Perlawanan 2:
16 Mei 2011

Akhir
11 Jun 2011

Majlis Undian Liga Malaysia (Liga M) 2011


Majlis Undian Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2011 akan berlangsung pada 1 Januari 2011 (Sabtu) ini. Majlis tersebut akan diadakan di dewan perdana,Majlis Sukan Negara,Bukit Jalil,pada 2.30 petang.

Dalam majlis undian itu nanti akan melibat undian bagi Piala Liga Super,Liga perdana,Piala FA,Piala FAM dan Piala Presiden.

Liga Super melibatkan 14 pasukan pasukan yang akan bertanding iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor FC, Kedah, Negeri Sembilan, PBDKT T-Team, Pahang, Kuala Lumpur, Perak, Perlis, Felda United, Sabah dan Harimau Muda"A".

Manakala liga premier bagi musim 2011 pula ,12 pasukan yang akan bertanding iaitu Johor, Pulau Pinang, PKNS FC, ATM, Harimau Muda "B". Sarawak, PDRM, Pos Malaysia FC, USM FC, MP Muar, Sime Darby FC dan SDM Kepala Batas.


Liga Malaysia 2011 akan bermula dengan perlawanan pertama Liga Super serta Piala Sumbangsih pada 29 Januari 2011 (Sabtu). Manakala perlawanan pertama Liga Premier pula akan bermula pada 31 Januari 2011 (Isnin).

Kelantan Juara Piala Malaysia akan bertemu Pasukan Selangor yang menjuarai Liga Super 2010 di Stadium Shah Alam,pada 29 Januari 2011 (Sabtu) sebagai perlawanan pembuka tirai liga M 2011 bagi merebut Piala Sumbangsih


"GoMo KeLaTe GoMo...GoMo BeLaKo HoK Ado"

info