sila klik

mulakan dengan

Ahad, 30 Jun 2013

KELANTAN JUARA PIALA FA 2013



29 JUN 2013 SABTU - Kelantan mengekalkan kejuaraan Piala FA 2013 setelah memenanginya pada tahun lepas. Kelantan telah menewaskan pasukan JDT dengan keputusan 1-0. Gol kelantan dijaringkan oleh Norfarhan mohammad pada minit ke-17. Tahniah Kelantan!!

Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu Terkini : IPU


[002] INFO: Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan pada jam 7 malam, 23 Jun 2013 mencatatkan 3 stesen pada tahap berbahaya, 2 stesen pada tahap sangat tidak sihat dan 14 stesen berada pada bacaan tahap tidak sihat iaitu;

3 stesen pada tahap berbahaya:

• Muar, Johor (IPU 456)
... • Bukit Rambai, Melaka (IPU 432)
• Bandaraya Melaka (IPU 351)

2 stesen pada tahap sangat tidak sihat:

• Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 216)
• Port Dickson, N.Sembilan (IPU 295)

14 stesen pada tahap tidak sihat:

• Seri Manjung, Perak (IPU 110)
• Petaling Jaya, Selangor (IPU 157)
• Banting, Selangor (IPU 139)
• Shah Alam,Selangor (IPU 135)
• Kuala Selangor, Selangor (IPU 112)
• Batu Muda, KL (IPU 147)
• Cheras, KL (IPU 135)
• Putrajaya, W.Persekutuan (IPU 140)
• Nilai, N.Sembilan (IPU 136)
• Seremban, N.Sembilan (IPU 110)
• Kemaman, Terengganu (IPU 182)
• Paka, Terengganu (IPU 121)
• Indera Makota, Kuantan, Pahang (IPU 148)
• Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU 188)

sumber : Jabatan Alam Sekitar

Khamis, 20 Jun 2013

Final Piala FA 2013

Info mengenai Final Piala FA 2013. Keputusan yang telah dibuat oleh JKPT FAM :

♦ Akan diangsungkan pada 29 Jun 2013 pada jam 8:45 malam
♦ Venue adalah Stadium Nasional Bukit Jalil.
♦ Harga tiket adalah RM40.00 (dewasa) & RM5.00 (kanak2)
♦Tempat meletak kenderaan bagi penyokong Kelantan adalah di kawasan LRT stesyen iaitu parking A & B.
♦ Tempat meletak kenderaan bagi penyokong Johor DT adalah di parking E & Taman Teknologi M'sia(TPM)
♦ Pasukan Kelantan secara teknikalnya adalah pasukan tuanrumah.
♦ Jumlah tiket yang akan di agihkan kepada setiap pasukan adalah 60,000 (30K untuk Kelantan dan 30K untuk Johor DT)
♦ Baki tiket akan di jual di SNBJ bermula pada 28 Jun2013 (Jumaat) dan dihadkan kepada 4 keping tiket sahaja bagi setiap pembeli.
♦ Tiket akan diserahkan kepada setiap pasukan pada 24 Jun2013 dan akan dijual oleh persatuan masing-masing pada 25 Jun 2013.
♦ Latihan pasukan (penyesuaian padang oleh pasukan) bagi pasukan kelantan adalah pada 28 Jun pada jam 6:00 - 6:45 petang.
♦ Penyokong kedua-dua pasukan akan mula dibenarkan masuk kedalam stadium bermula Jam 4:00 petang pada hari perlawanan.
♦ PENYOKONG KELANTAN AKAN MEMASUKI STADIUM MELALUI PINTU MERAH DAN KUNING SERTA SEBAHAGIAN PINTU HIJAU.
♦ Hadiah sebanyak RM1,000.00 kepada para penyokong mana-mana pasukan yang BERJAYA menangkap dan menyerahkan individu tersebut kepada pihak Polis yang melakukan perbuatan membaling objek dan kesalahan lain.
♦ 100 org marshal akan diletakkan oleh setiap pasukan dikalangan penyokong masing2.

info