sila klik

mulakan dengan

Rabu, 27 Januari 2010

LIGA SUPER 2010 (PERLAWANAN KE-6)

SELANGOR - 6

JOHOR FC - 0


KELANTAN - 0

PERAK - 0


N.SEMBILAN - 2

TRENGGANU - 1


K. LUMPUR - 1
PAHANG - 1

KEDAH - 3
P.PINANG - 0

T.TEAM - 1
PERLIS - 0

Selangor gah bangkit kukuh cengkaman liga

Oleh Amin Ridzuan Ishak, Mohd Amin Jalil, Hamid Salleh dan Azizan Hashim
bhsukan@bharian.com.my


PENYERANG Selangor, Amri Yahyah (kiri) berentap dengan pemain Johor, Mohd Radzi Jasman dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 6-0.

TERENGGANU gagal mengulangi ‘aksi pembunuh gergasi’ apabila tewas 2-1 kepada Negeri Sembilan, manakala Selangor kembali mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu dengan kemenangan 6-0 ke atas Johor pada saingan Liga Super, malam tadi.

Skuad kendalian Nor Irfan Bakti yang berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi membuka jaringan menerusi Joseph Kalang Tie seawal minit kesembilan tetapi disamakan Idris Karim minit ke-72. Gol kemenangan muncul selepas Joseph tertanduk masuk bola ke gawang sendiri minit ke-89.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan Selangor bangkit daripada aib di Terengganu dengan mencatat kemenangan 6-0 ketika melayan kunjungan Johor yang baru mengutip satu mata dari lima perlawanan musim ini.



Tidak seperti perlawanan Sabtu lalu, skuad kendalian K Devan kali ini mudah menyempurnakan gol melalui Amirulhadi Anuar (m-5, 54), Safee Sali (m-31, 43), Razman Roslan (m-52) dan Safiq Rahim (m-88). Selangor kini selesa di takhta liga dengan 15 mata, tiga melebihi Terengganu.

Di Stadium Cheras, Kuala Lumpur terikat 1-1 bertemu Pahang dengan pasukan pelawat terlebih dulu membuka jaringan menerusi Azamuddin Akil (m-9). Kuala Lumpur menyamakan kedudukan menerusi gol Badrolhisham Azmi minit ke-85.

Di Stadium Perak, Kelantan gagal meneruskan rentak kemenangan apabila seri tanpa jaringan bertemu Perak.


Di Stadium Batu Kawan, Kedah menewaskan Pulau Pinang 3-0 hasil jaringan Mohd Azmi Muslim (m-56), Azlan Ismail (m-71) dan Saramsak Kram (m-85).

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team menewaskan Perlis 1-0 hasil jaringan Haris Safwan.

Tiada ulasan:

info