KELANTAN - 3
P.PINANG - 1
KEDAH - 3
T.TEAM - 1
SELANGOR - 1
PERLIS - 1
PAHANG - 2
KL PLUS - 1
JOHOR FC - 3
PERAK - 0
TRENGGANU - 2
K.LUMPUR - 0
TERENGGANU memanfaatkan keciciran mata Selangor untuk merapatkan jurang kepada dua mata dengan pendahulu Liga Super itu selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Kuala Lumpur walaupun beraksi dengan 10 pemain buat hampir setengah jam terakhir perlawanan, semalam.
Dengan Selangor yang mengungguli tangga teratas liga hanya seri 1-1 dengan Perlis di tempat lawan, Terengganu berterima kasih kepada pakar set-piece, Zairo Anuar Zalani yang melencongkan sepakan percuma di luar kotak penalti seawal minit kedua dan jaringan detik akhir Ashaari Shamsuddin.
Di Stadium Utama Negeri, Kangar, Selangor terus kekal sebagai teraju dengan Safiq Rahim menjadi penyelamat apabila meledakkan sepakan percuma pada minit ke-37 untuk menyamakan kedudukan selepas tuan rumah di depan menerusi tandukan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-10.
Di Stadium Darulaman, Kedah meneruskan kebangkitannya apabila meraih kemenangan pertama di tempat sendiri dengan kejayaan mudah 3-1 ke atas T-Team.
Dua gol Azlan Ismail pada minit ke-25 dan 58 menyusul selepas Faizal Abu Bakar membuka jaringan pada minit ke-16 menerusi tendangan dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Syamsuri Mustaffa. T-Team meraih gol sagu hati menerusi Haris Safwan Kamal, sembilan minit sebelum tamat.
Di Stadium Sultan Mohd IV, Kelantan meraih tiga mata berharga apabila menang 3-1 ke atas Pulau Pinang.
Pulau Pinang yang berada pada kedudukan kedua tercorot, terlebih dulu mengejutkan tuan rumah apabila V Jaganathan menanduk masuk pada minit ke-13 tetapi Norshahrul Idlan Talaha muncul wira Kelantan apabila meledakkan hatrik pada minit ke-45, 50 dan 88.
Di Stadium Darulmakmur, Pahang meraih kemenangan 2-1 ke atas KL Plus manakala di Stadium Perak, Johor FC mencipta kemenangan 3-0 ke atas tuan rumah, Perak.
Hello world!
4 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan