sila klik

mulakan dengan

Selasa, 30 November 2010

Syariat Islam

Kehadiran bayi sebagai penghubung jambatan kasih suami isteri ialah suatu rahmat Allah SWT yang tidak ternilai harganya. Kesempurnaan Islam tergambar dengan jelas dari peringkat awal kelahiran insan. Kegembiraan menimang cahaya mata yang sekian lama ditunggu seharusnya disempurnakan menurut lunas-lunas Islam tentunya.

Memberi khabar gembira dan Tahniah atas Kelahiran Bayi.

Orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut. Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyampakan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

Perkara-perkara Sunat Kelahiran bayi:

Azan dan Iqamat
Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri sesuai dengan hadis nabi bermaksud " Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan. Sungguh sempurna kekuasaan-Nya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikan-Nya"
Rahsia azan dan iqamat:
Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
Satu syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

Tiada ulasan:

info