sila klik

mulakan dengan

Khamis, 29 Oktober 2009

Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2009



Kota Bharu : 27 okt 2009, Kelantan telah menewaskan Perlis 2- 0 di Stadium Sultan Muhammad ke lV. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut menyaksikan perlawanan pertama antara Kelantan dengan Perlis bagi peringkat separuh akhir di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V kelmarin bagi merebut Piala Malaysia .

Turut mengikuti pertandingan berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Haji Abdul Fatah Mahmood, Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman serta beberapa orang lagi.

Hadir sama Adun dan Anggota Parlimen sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan 'Red Warriors' menentang Singa Utara itu untuk memberi semangat.

Kedatangan Tuan Guru serta pimpinan yang lain selepas solat Isyak telah disamput oleh Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa bersama anggota jawatankuasanya di pintu utama stadium.

Sebelum permainan dimulakan pemain Kelantan yang juga selaku tuan rumah diperkenalkan kepada Tuan Guru.

Sebelum memulakan perlawanan juga, Tuan Guru terlebih dahulu mengamimkan doa bersama para pimpinan KAFA serta pemain.

Akhirnya, setelah tamat perlawanan Kelantan berjaya menewaskan Perlis dengan kemenangan 2-0. Kemenangan itu juga bakal membawa negeri itu ke peringkat akhir buat pertama kalinya dalam sejarah pertandingan bagi tempoh 39 tahun.

Dengan kemenangan itu juga, Kelantan sekali lagi akan menentang Perlis pada 31 Oktober ini di Stadium Utama Kangar.

Pada masa yang sama, Tuan Guru turut menyumbangkan wang peribadinya sebanyak RM5,000 kepada pemain serta pengurus pasukan termasuk mereka yang terlibat untuk kegunaan semasa.

Biarpun berlainan ideologi politik, namun demi sebuah kemenangan dan demi menyaksikan 'Red Warriors' melangkah gagah ke peringkat akhir mereka hadir bersama penonton untuk memberi sokongan moral kepada pasukan negeri.

Hasilnya Kelantan berjaya menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan itu.

Terdahulu wakil-wakil rakyat terlebih dahulu menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di khemah yang sediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dengan kerjsama Air Kelantan Sdn Bhd yang turut membekalkan air untuk mengambil wuduk.

Apa yang membanggakan bendera FA dijadikan sejadah sewaktu mereka menunaikan solat._

Ahad, 25 Oktober 2009

Separuh Akhir Piala Malaysia 2009

Negeri Sembilan, Perlis, Kelantan Dan Terengganu Ke Separuh Akhir Piala Malaysia


KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Perlis, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu melayakkan diri ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak Piala Malaysia selepas memenangi perlawanan suku akhir malam Sabtu.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan Terengganu mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan pilihan Selangor dengan kemenangan 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 malam ini dan 2-2 secara agregat.

Dalam perlawanan malam ini, Terengganu membuka tirai jaringan menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-12 tetapi pada minit ke-62 Selangor menyamakan kedudukan menerusi D. Surendren. Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 dan tambahan masa 30 minit masih gagal menghasilkan gol menyebabkan pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Baharu, Kelantan melangkah ke perlawanan separuh akhir selepas menang bergaya 3-0 ke atas KL Plus. Dengan keputusan itu Kelantan mara dengan agregat 4-1 selepas seri 1-1 di Cheras, Selasa lalu.

Gol pasukan "Red Warriors" di hadapan lebih 20,000 penyokong itu dijaringkan oleh pemain sensasinya Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-13 melalui sepakan penalti dan dua gol lagi dijaringkan penyerang Mohd Norfarhan Mohamad pada minit ke-75 dan 78.

Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan separuh akhir setelah menewaskan Kuala Muda Naza 3-0 dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, untuk secara agregat menang 5-0

Negeri Sembilan mendapat jaringan pertama pada minit ke-12 menerusi Mohd Shukor Adan.

Kuala Muda terus tertekan apabila pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-28 setelah Idris Abdul Karim dijatuhkan dan berjaya disempurnakan oleh Mohd Zakuan Adha untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan Shahurain Abu Samah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-36

Perlis pula menempah tiket ke separuh akhir apabila menumpaskan Johor FC dengan agregat 4-1 setelah malam ini menang 2-0 dalam perlawanan di Stadium Utama di Kangar.

Gol-gol Perlis dijaringkan oleh Amar Rohidan pada minit kelapan dan Nizaruddin Yusof pada minit ke-48.

Perlawanan malam ini dicemari dengan insiden pergaduhan di tengah padang pada minit ke-69 menyebabkan dua pemain Johor iaitu Mohd Saiful Sabtu dan Sivakumar Munusamy serta seorang pemain Perlis Azi Shahril Azmi dilayangkan kad merah oleh pengadil R.Krishnan.

-- BERNAMA

info